Spread your LOVE..


Monday, 2 June 2014

Aku ini stuDenT ka??


Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu

Allahumma solli ala sayyidina muhammad wa ala alihi wasohbihi wasallam

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Rupanya aku ini student
Student yang bakal menghabiskan pengajian tahun ketiga
dan berbaki setahun lagi la nampaknya..
(pejam celik pejam celik da tiga thun aku bertapak d Perlis)

aku ini STUDENT ka?
sikit2 mengeluh.. sikit2 mengeluh.. sikit2 menangis..sikit2 mengadu..
ahhhhhh!!!!!!!!

nampak la disitu.. 

Tahun 3 aku merupakan sesi pengajian aku yg
pling hectic
pling "terrrrbaikkk...a.k.a terbalik"
ahahhahaha....

usrah entah kemana KERING!
ukhwah pn suram. KERING
amalan pl suam2 kadang sejuk(tidak hangat).KERING
maka smuanya sudah KERING (c&p)
apa lagi yang tinggal??

perlu POLISH sudah ni..
pagi2, subuh pun ingin menjelang menutup malam
tidak sedar ianya sudah berlalu
dan kini aku di minggu peperiksaan..

TAPI
JIHAD JIHAD JIHAD Mukrimah
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

masa pemerintahan Sultan Muhammad Al Fateh yang baik,Tidak tidur untuk JIHAD.. untuk JIHAD mukrimah... sultan muhammad dan rakyat2 nya tidak tidur malam untuk menyembah illahi. menyerahkan diri mereka hnya buat sang khaliq..KUAT mereka dalam berJIHAD.. tidak mau ka kau contohi mereka2 ini mukrimah.. JIHAD mu macam mana?? masa masih banyak lagi andai kau bijak mengatur nya dan memanfaatkannya.. cuma saja kau suka leka dan lalai dalam masa itu. Kekadang kau bersikap tidak adil pada masa kau.. lalu menyalahkan itu dan ini... (aduhhhhh.. dush2.. )

baru2 mimpi mu ingin ke Palestine
untuk menjadikan Palestin itu BEBAS...
tapi
bagaimana klu KEKUATAN yg diuji pada level yg msih rendah ini kategorinya kau sudah tewas..
MUSTAHIL bukan.. Tapi itu tidak mustahil mukrimah andai saja klu kau bangun dan sedar. apa yg betul2 JIHAD itu... apa sebnarny yg kau nak.. kau bangun dari mimpi itu dan berkata sendiri kau ingin menjejaki juga bumi kecintaan itu..(namun bisik hati mu, bgaimana kah dirimu bisa??)



smbil kau tilik dan lihat pada cermin
HAKIKATNYA kau ini student... fuhhhh...
di sisi lain kau jeles pada Sultan Muhammad Al Fateh usiannya lebih muda dari kau sudah mmpu menakluki konstantinopel yg sukar d takluk oleh mana2 tapi sultan muhammad mampu.. jadi tidak ada alasan bukan... YA.. betul.. tidak salah memasukkan niat/impian untuk ke bumi PALESTIN dan menjadikan mimpi sebagai realiti...

HARI itu pasti datang,
dan aku harus bersiap sedia dari sekrang.. ya sekarang


"BITTAUFIQ WANNAJAH FIL IMTIHAN"



Monday, 14 April 2014

sekian lama


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Astagfirullah al azim Astagfirullah al azim Astagfirullah al azim

Alllahumma solli ala sayyidina muhammad wa ala alihi wasohbih wassalam

sekian lama,
kini aku kembali
kembali seperti dulu atau mungkin kembali ku ini dgn aku yang baru
"baru" yang bagaimana la agaknya aku yg sekarang ini.??

aku rasa aku masih spt dulu..
kalau pun aku sudah lain.. ada benarnya juga.. mungkin..
itu pasti lah.. sbb dulu aku mungkin hingusan kini pun masih budak hingusan...
usia saja meningkat kan..

cuma nya aku kini tidak smpat dan kurang untuk mencoret
atau menulis atau meluah.. di muka buku, atau d blog usang yg terbiar ini
aku lbih benarkan
"ayat-ayat" itu bermain,bertebaran di kepala otak ku... (smpi migrain di buatnya)
tapi
Alhamdulillah xda la migrain.. hehehe... :) :)
entah kenapa petang ini saat aku terlalu letih
jari jemari aku ni nak juga taip sesuatu di blog yg aku fikir tidak membawa apa2 impak pun pada aku
cumanya...
aku ingin saja-saja mencoret... sebab terlalu overload mungkin....
apa la sangat kan meluah d blog,fb,twit bagai ni..
it better we make doa always...
(bru impak maksima!!)

AKU
ingin kembali, kembali padaNYA.. dan aku harap kmu dan kamu juga sama
pengharapan ku agar kita sama2 perbaiki diri..
bukan nk riak untuk melakukan amalan
cuma mau kah kita di label riak??

semestinya taknak kan..

pernah mendengar ceramah sorang ustaz berkaitan riak
sgt terkesan aku dgn isi pnyampaian nya..
antaranya yg terkesan bagi aku

"org yg berbuat amalan berhenti mlakukan amalan nya tkut d label riak.. dia itu la riak.. kerana apa? kerana dia sudah permudahkan urusan syaitan menghasut kita daripd mlkukan kebaikn.."(ini menggunakan bhs aku sndiri tpi aku dgr dri ustaz la ya...jadi agak berterabur juga la kan bhs ku.. tpi mudah2an dpt la info nya tu

TERUSKAN LAH MEMBAWA KEBAJIKAN,KEBAIKAN.. walaupn pandng sekeliling mu mengkeji mu.. kerana pandangan di akhirat tidak pernah menipu kita.."nnti saat nya" tiba pasti kita merasa bahagia dgn apa saja kebaikan yg kita lakukan

akhir coretan ku....
maaf aku menulis tidak berskop.. makanya byk sekali penyimpangan sana sini.. cuma apa yg baik untuk dibaca maka sama2 kita prktikkan untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.. maklumlah sudah lama tidak menaip di blog ku ni...

AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR..
 berlumba2 lah dalam membuat kebaikan... ajak la kepada kebaikan.. cegah kemungkaran..

Sunday, 22 September 2013

Kerana manisnya buah



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu

Alhamdulilllah Alhamdulillah Alhamdulillah

AKU
memulai hari ini seperti sebelumnya..
mengukir senyuman
mungkin kerana mimpi-mimpi indah dari tidur ku
mungkin juga kerana sudah terbiasa
atau mungkin diriku sebegitu *hmmmm entah la..
(tapi yang pasti senyuman itu sedekah)
ataukah sekadar elah atas "sengsara" jiwa yg ku alami sblum ini *cewaaaahhh (mendalam jiwang disini)
ah! peduli kan la itu..kerana bukan itu menjadi kisah yg ingin aku share

info sains: "Senyuman itu bisa meningkatkan jumlah kortisol yang mana baik untuk kesihatan kita"
(opppsss! maaf andai info ini salah. sumber aku dapat dalam satu bacaan peribadi di artikel mana pun aku da lupa. Hal maklum lah, aku jenis orang yg baca tapi tak catat.. alamak! terkantoi dah serba sedikit sapa diri ku.. tapi ndapa la.. baru sedikit.lalala~~

Kerana manisnya buah itu,
Tanpa sedar diri ini suda berada di Tahun Ketiga, Semester5 Ijazah ku ni kan..(Relax sudah!)
Terlalu cepat kah aku mengungkap atau meng"expressi"kan rasa yg ku alami
Atau memang sewajarnya ia terluah.. bukan apa, byk telah ku lalui yg menambat hati
menjadikan diri terharu dan gembira akan apa yg insan-insan di sekeliling lakukan untukku
masyaALLAH.. Allah beri "rasa" untuk ku nikmati.. maksudnya aku insan terpilih gitu. kerana hati masih lagi "active" jika dibandingkan dgn yg tidak mampu "merasai" nya kan.. (so, klu hati mula "rasa" means active la tu hati kita.OK!).Allah maha mengetahui, DIA benarkan apa yg sesuai ke atas diri kita. (Alhamdulillah,lafaz dalam hati kecilku ini). DIA hadirkan seorang yang "manis" buat ku sepanjang pengajian ini.

Ini kisah ku untuk kali ini bersama "kemanisan" seperti manisnya buah itu
Aku terasa kemanisan ukhwah bersamanya. Ukhwah yang mula terjalin di awal semester Tahun2 di UniMAP. hanya mengenalinya masa itu. tidak pernah pun kenal dia di Tahun1(well, baru nak beradaptasi la katakan). SubhanaAllah, tidak ku rancang juga begitu diri mu tidak merancang akan duduk sebilik lagi untuk Tahun3 tapi Allah telah menetapkan untuk kita. Allah tentukan untuk kita. Maka, itu suatu yang sgt terbaik untuk kita kerana itu dari Allah. aku yakin akan pemberianNya. Tidak ada daya kuasa kita pun untuk melawan atau menidakkan apa ketentuanNYA kerana Allah maha luas ilmu nya. Allah maha mengetahui.

masih aku di sini : Di kampung halaman(Sabah), menikmati semaksimal mungkin hari-hari bersama keluarga tidak ingin "rugi"atau mensia-siakan nya. suntikan semangat sebelum meneruskan perjuangan di rantau.

[sound kiss the rain berbunyi]

hohoh... incoming message daripada coursemate
begini mesej nya.. "muk! nanti klu datang UniMAP muk akan duduk rumah no ____ di area belakang. Roomate muk, si _________.
tika membaca mesej ni, 2 yang ku syukuri. Pertama, Alhamdulillah sudah settle penempatan ku dirumah (means da ada rumah) terima kasih wahai coursemate ku yang baik hati. aku memohon agar Allah membantu mu sentiasa kerana membantu diri ini.. Love U.. Keduanya, Alhamdulillah ku syukuri dapat bersama mu untuk melalui hari-hari perjuangan di UniMAP. Allahuakbar! tidak tau macam mana ungkapan syukur ku atas apa yg Allah berikan padaku.

dan kini..
Kamu menjadi roomate ku untuk kali yang kedua. Allahurabbi. Hebat nya percaturan yg ENGKAU tentukan buat kami ya ALLAH.. seolah-olah ada sesuatu yang ingin ENGKAU ingin kami fahami.
Kenangan lalu di Tahun 2 bermain-main di fikiran. mengimbas, imbas ... imbas.. dan terpampang satu demi satu ceritera kita lalui yg lepas.. satu yg ku ingat ketika "kamu" berikan aku buah epal.. Alhamdulillah. Manis buah itu, semanis ukhwah yg terjalin. oh tidak! tidak! tidak! manis lagi kali ukhwah ini.
Saat itu, badan terlalu letih, mata terlalu berat, kepala terlalu pusing, perut terasa kosong, mulut terasa ingin mengunyah sesuatu.
Apa tidaknya! melihat dunia dunia dunia dunia dan dunia.meja berselerakan dgn tugas, kerja-kerja yang belum terlaksana dek sikap sndiri yang ***** tettttt.. ahahha... (itu biasa lah kan seorang student x kan lari dgn sikap itu, tapi akn ku usahakan untuk mengubah diri agar tidak menjadi spt itu lagi. Tugas itu amanah, laksanakan amanah itu sebaik-baik dan dgn sungguh-sungguh)
Kerana manisnya buah itu.
Aku dapat merasakan nya, kamu menyanyangi diri ini.berasa aman ALLAH jaga diri ini yang jauh daripada penjagaan keluarga.kehadiran mu dalam hidupku sgt ku syukuri cuma mungkin tidak dapat ku tonjolkan melalui perbuatan. untuk kali kedua nya menerima pemberian buah daripada "kamu". Nikmat nikmat nikmat.
Terima Kasih!
kerana menghadiahi buah oren ke aku smlm..
walaupn ari sblm nya kita makan buah oren bersama.. kau duduk d meja bljr sebelahku. makan bersama, bergelak tawa, berkongsi itu dan ini, snyum sana sini, sakat sana sini, chit chat itu dan ini..

::kerana manisnya ukhwah ini smanis buah epal yg dl..::




sekali lagi,
Ini lah si "kamu"
:seorang yang sangat baik hati
:seorang yang berani
:seorang pencinta buku
:pemikiran yang lain

kurangnya diriku,kamu hadir untuk melengkapinya. Semua itu datangnya dengan izin ALLAH.
apa yang ku harap kan hanya satu Redha Illahi untuk kita ini dan untuk "kemanisan ukhwah" ini.

AKU SANGAT TERHARU!!

ni lah buah oren kmarin kmu berikan kepada aku.. syukran jazilan kamu
P/S: akhir kalam moga entry ini bkn untuk memuji mu lebih dari sang khaliq ku.. tapi moga ini adalah satu perkongsian rasa dlm ukhwah kita..amiinnn.. ambik mana yang baik buang mana yang buruk

Kata-kata seorang sahabat kepada sahabatnya(entah sejauh mana formula ni blh diaplikasi)
"kalau kita ni sorang yg baik akan dikelilingi diri kita ni dgn orang2 yg baik, persekitaran yang baik, keadaan yang baik2 saja." kalau btul la kata2 ini maka mari sama2 kita menjadi org baik.. sudah tntu smua inginkan perkara baik2 saja berlaku dalm diri kita kan.. so start to be a good guys!! kalau kita org jahat berubah la menjadi baik. kalau kita ni baik jadikan diri kita ni lebih baik.. dan lebih baik dan lebih baik.. sntiasa buat perubahan pada diri kita.. boleh??

[nota kecil: formula ini aku rasa sgt berguna untuk diamalkan]


Sunday, 15 September 2013

gelap yang sinar


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Setelah bercuti hmpir 3 bulan d kampung halaman ku (SABAH) kini kembali lagi menyahut cabaran dan berjuang demi agamaMU..Memperjuangkan ssuatu demi menegakkan agamaMU..Berpegang teguh dgn smua suruhanMU.. alhamdulillah kini aku suda bergelar pelajar tahun 3 d UniMAP.. atas izinMU dan keredhaanMU kaki msih kuat melangkah wlpn kekadang tersungkur kat mana2.. hehehe.. dan terjatuh serta tergelincir seketika, tapi alhamdulillah pemerhatianMU tk pernah leka akan diri ku.. subhanaALLAH.. Alhamdulillah. Untuk start smula stlah berehat tu mungkin melelahkan dan memenatkan kita..ya lah, hal maklumlah urat2 badan smua terlalu tersimpul sudah dek terlalu lama sgt berehat.. dan tetiba dpt "shock" untuk bekerja dan lbih byk bergerak.

15 September 2013

Hari ini, cuma nak share satu aktiviti "warm up" untuk sem ni.. segala nya atas izinNYA.. dpt juga dan sgala nya berjalan dgn lancar dan moga2 pnuh keberkatan dan keredhaanNYA apa yg kita perbuat hari ini.. rasa syukur yg teramat dengan aktiviti "warm up" kali ini, wlupn agak memenatkan dan rasa nk pengsan dah.. hehehe..
Sahabat,
berpimpin tangan kita mengharungi sungai d dalam gua
berjalan dan melangkah bersama mengharungi gua yg gelap gelita
kau suluhkan cahaya *torchlight* mu untuk menyinari kegelapan perjalanan kita di dalam gua
kau berikan aku sedikit kata2 pnghibur dan smgt dlm melalui liku2 khidupn
alhamdulillah, smua nya kita lakukan bersama. sedikit rasa terharu dan gmbira serta syukur ka atasNYA kerana mempertemukan aku dengan kalian smua

Sahabat,
satu pengalaman indah ku perolehi walaupn di tmpat yg bgtu seram dan gelap
tetap juga ku ceria bersama kalian smua.. kerana aku rasa hati tertaut mengharungi nya bersama kalian
tetap juga ku gagah melangkah, berpijak dan terus maju itu smua atas kehendakNYA.
jauh dan basah diri kita, berendam di air yg cukup sjuk.. MasyaALLAH..
saat diri ini ALLAH uji dngan nikmat sihat yg ditarik seketika.. tetap gagah bersama kalian untuk kali ini
saat diri terasa sgt berduka kerana berjauhan dgn insan2 yg ku sygi.
ALLAH hadirkan juga kalian untuk mengisi tmpat2 d dlam hati ku yg kosong itu.. Syukran jazilan..
di dalam gua, ku teringat dan mendalami dan cuba untuk merasainya
mungkin tidak sama apa yg kurasakan spt apa yg digambarkan dalam surah Al-kahfi
tetapi sekurang2 nya dapat ku merasai nya sndiri
gelap.. gelap.. dan sangat gelap...
terasa diri ini hanya sendiri.. d kehidupan yang tidak ku ketahui pn. satu pun tidak kelihatan..

ALLAHUAKBAR!!

teringat akan kisah2 yg diceritakan ALLAH dlm kalamullahNYA..
tentang pemuda2 yg berselisih akan berapa lama kehidupn mereka di dalam gua..
bagaimana ALLAH menceritakan kisah pemuda2 untuk menguji keimanan mereka..
bagaimana pemuda2 itu dibezakan dari keimanan mereka.. 

GUA KELAM, PERLIS

Banjaran Nakawan; credit to photographer Siti Norfarhani binti Mohd. Aris
:) :) :)
(comel gmbar mcm photographer dia)

Some view and nice shot from our akhwat Siti Norfarhani binti Mohd.Aris

air sungai yg sejuk dan bersih. keindahan ciptaanNYA yg sangat sempurna dan cntik
;Siti Norfarhani binti Mohd.Aris

some of akhwat.. looking around at gallery of KELAM CAVE

Sahabat,
Bermula semester baru dan msih fresh lagi kita dalam medan perjuangan ini
tetap lah dan teruskan lah perjuangan ini..
satu yg penting dan juga ALLAH telah menyatakannya dalam kitab AL-QURAN sendiri akan peribadi kita.
JANGAN KITA SUKA MENANGGUH-NANGGUH sesuatu pekerjaan..
Surah Al Kahfi, ayat 23, 

DAN JANGAN SESEKALI ENGKAU MENGATAKAN PADA SESUATU "AKU PASTI MELAKUKAN ESOK PAGI"..

tidak kita perolehi apa2 manfaat dgn sikap bertangguh ini melainkan kerugian pada diri kita.. sbagai pelajar, peringatan buat diri sndiri dan juga shbt skalian.. hindari sikap bertangguh ni.. pastikan kita ni yg PERTAMA dan sntiasa di HADAPAN.. insyaALLAH usaha yg beserta niat keranaNYA akan perolehi HASIL yg baik.. 

HERE! is our photographer.. Siti Norfarhani binti Mohd.Aris
~~AKU LIHAT HIJAU DISITU~~
Indah Permai membawa ketenangan pada jiwa
dan fikiran
oh HIJAU.. segar mata ku lihat :)

Indah. subhanaALLAH.. tidak ada sedikit kecacatan mu pada ciptaanMU ya ALLAH


everything ALLAH gives to us.. HE give us nikmat.. HE gives us life.. HE also always with us.. no matter what.. HE never leave us alone.. but!! the one that never notice and realise is ourself.. we blind until can't see the true. can't see the right path.. never ask for HIM to guide us.. we think everything we had come by itself?? we are wrong guys.. keep on doa.. Believe and put trust on ALLAH who had everything.. OK??



    

Alhamdulillah..
a lot of things i had learned from her
She always teach me, give advice and support me
in dis "way" .
She is kind, mature and hve her charisma 
ramai yang ALLAH hadirkan dlm hidup ku untuk mengajar dan membimbing.
Dan terima kasih juga buat mu kak kerana sentiasa tetap berada bersama untuk memimpin tangan ku
dan sntiasa memahami aku..(walaupn kekadang ima ni nakal) eheheh
sabar ja la kan..
YOU ARE STRONG GIRL sis..
IM PROUD OF YOU!

kak Farah Alina binti Aziz.. SWEET girl :) :)


Tuesday, 28 May 2013

NO ONE else only HIM


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu

Alhamdulillah. SubhanaALLAH. Allahuakbar.

......Perumpaan org yg mengambil pelindung selain ALLAH bgaikan labah2 yg membuat rumah dan ssungguhnya rumah paling lemah adalah rumah labah2..... (29:41)

::MODE EXAM::

Sahabat,
aku dan kau sama2 tau kita mudah terleka..
tanpa sedar kita rupanya kita sudah menjadi hamba bukan padaNYA
kita menjadi hamba dunia smata2..
itu dan ini mnjadi cabaran buat kita...
tambah2 di musim peperiksaan sperti ini..
kita mudah terpedaya, kekadang kita tinggalkan DIA,
jauh dari suruhanNYA, makin dekat dengan laranganNYA..

Sahabat
kita sama2 tahu.. kita seorang pelajar dan apa yang kita ingin kan keputusan yang cemerlang dalam akademik. Sehingga kita lupa bahawa yang mengizinkan segala2 ssuatu tu hanya la DIA..
Lagi parah bila kita sudah mula "berkira-kira" dengan melakukan ibadah kepadaNYA.. Astagfirullahalazim.
Tergamak kita tinggalkan apa yg dulu kita sama2 usaha kan..
iaitu mencari redhaNYA... mengerjakan suruhanNYA.. berpegang pada agamaNYA..
Tapi..
Ada juga sahabat, kau smakin hebat dunia agama ini apabila sudah tiba musim peperiksaan
kau bersimpuh padaNYA tuk memohon perlindungaNYA
memohon agar mendapat keredahaanNYA..
Tidak ku nafikan engkau smakin kuat daripada sblum ini...
MasyaALLAH, SubhanaALLAH...

Aku harapkan
smua itu akan berterusan sahabat, bukan sekadar skali dua.. moga kmu dan aku sntiasa istiqamah.
istiqamah dgn sifat2 yg baik lagi diredhai ini...
mari kita sama2 baluti rasa kita padaNYA dgn rasa takut..takut meninggalkan suruhanNYA.. takut melakukan larangaNYA. takut jauh dariNYA.. biarlah kita menjadi hamba pada pencipta kita. ALLAH SWT.. tidak ada sbaik2 pelindung melainkan DIA..
dan
rasa takut itu kita baluti juga dgn rasa mutmainah.
kita lebih kan ALLAH dari segala2NYA..
kita jaga nafsu hambara kita.. mohon padaNYA sntiasa agar nafsu hambara kita tu menipis dari kehidupan kita.. mungkin tidak mudah.. tanpa usaha mmng tidak mudah..


sekali kita melangkah. ingat ALLAH.. ingat lah DIA dlm setiap saat-saat kita merasai nikmat2 yang DIA berikan.. jangan kita ingat DIA hanya pada saat-saat kita memerlukan saja.. jadi lah insan yg sntiasa "Setia". tidak ada yang lebih baik daripada yang baik melainkan kita sentiasa beringat2 dan nasihat menasihati sesama kita...

:::::ALHAMDULILLAH:::
"Kau kini sudah "berubah", dan perubahan mu itu cukup indah d mata ku. Sangat!!,
Ya ALLAH aku mohon padaMU agar beri kekuatan pada "penghijraan"sahabat ku ini.
smua atas izinMU. maka aku mohon kuatkan la dia..
tentukan sbaik2 nya untuk kmi. cantik pada mata ku tidak penting.. apa yang penting cantik di mata ALLAH.. jadi sahabat aku harapkan agar kita sntiasa mdpt kkuatan.. heheheh..."
(from ur dear sis, even im not a good one, but one day u will find another one where much better then me. but i hope we never end dis till jannah. let strive for mardhatillah)

::never think about other before ur think about HIM::
::indahNYA hidup bersama islam. kekalkan la apa yng baik dan ubah apa yang buruk::
::kalu nk buat baik sekali terlintas kat hati teruskan bertindak:::
::if u are not strong enough just have ALLAH(sujud).talk to HIM::
::jangan jadi hamba dunia yang tidak ada kelazatan langsung sedikit pun tidak ada::

last but not least
~~SEIRING SEHALUAN~~
kita laungkan ALLAHUAKBAR
ALLAH maha besar...

kita contohi RASULULLAH dalm bersahabat
.....
bertemu berpisah kerana ALLAH...

(DEKAT nak FINAL mesti dekat juga nak hbis semester.. dan mungkin kita akan terpisah lagi.. tapi doa di antara kita mohon sntiasa ada.. ada ruang seusai solat kita.. Allahurabbi...)



Wednesday, 8 May 2013

Umur itu apa???


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahamtullahi Wabarakatu
Alhamdulillahi Rabbil Alamin.. Alhamdulillah. Alhamdulillah

Astagfirullah al Azim.. Astagfirullah al Azim.. Astagfirullah al Azim

Allahumma solli ala'Sayyidina Muhammad Waala aihi wassobihi wassalam

Dilema!!!

Auchhhhh~~
now 8 MAY 2013
about 2 weeks n 4 days more to FINAL EXAM
i have 4 Subject..opppsss not "Subject" but "KILLER Subject" hahahahahahaha

##EKT222 MICROPROCESSOR SYSTEM
##EKT232 SIGNAL AND SYSTEM
##EKT242 ELECTROMAGNETIC THEORY
##EKT214 ANALOG ELECTRONICS II

PLUS
one Compulsary/University subject

##EUW224 ENTREPRENEURSHIP ENGINEERING

O NOOOOO!!!
im not enough preparation but time is limited..
O ALLAH only you know what have i done in dis semester
n only you know how im going throug dis semester
n only you know whether its harder/easy time for me
n only you know how my day

apa nk cerita sebenarnya.
saat2 akhir sem ni slalunya busy dengan byk tugasan yg kita terpaksa hadapi.Seperti sem2 sblum ni..
=MINI PROJECT with VIVA, presentation, TEST, LAB TEST, Assigment,QUIZ=
hohohohoh....
TETAPI aku sagt risau akan perkataan "SEMPAT"

SEMPAT KAH aku nk ulang kaji smuanya.. aku bukan la bijak sgt nk last2 minit ni.. so ku kena start lebih awal.. tapi waktu ku terasa cam sgt laju... dalam dilema samada aku harus memperjuangkan dulu apa yg patut ku perjuangkan atau bersabar saja la dulu.. hohohoh..aku pun spt manusia lain.. tak kuat dgn cabaran hidup..apalagi berjauhan dengan family.. bukan kerana aku manja.. tapi kepada sesapa yg merantau mungkin akn faham perasan ini.. aku bukn nk berkongsi cerita itu.. sbnrany ada yg ingin aku cerita yg tersirat dari peristiwa2 atau hari2 yg ku lalui dgn penuh pengajaran.. YES.. aku  harap korang ambik mana yang baiik ja ok.. yg buruk tu klu korang kenal aku sila la tegur aku ek.. klu tk kenal pun blh tegur.. aku terbuka.. n insyaALLAH moga2 kita sama2 berada dlm ampunan dan keredhaanNYA...

berbalik semula pada "SEMPAT" ka??
insyaALLAH weekend ni aku terpaksa membuat kputusan tuk pergi ke KL atau just stay kat PERLIS ni tuk siapkan segala tanggungjwp ku.. ada apa kat KL tu smpi HEBAT sgt tamparn dia tuk ku buat kputusan... gegegege...
Sebenarnya 13 MAY 2013 nnt
abg sy (Safwan bin Nawir) akan menghadiri hari konvo dia..
n parents aku datang untuk meraihkan kegembiraan abang ku.. so aku nk ambik kesempatan ini untuk sama2 berbahagia bersama family ku..ini PELUANG aku katakan.. tapi kenapa tk ku grab saja tnpa fkir byk.. tapi apakan daya aku juga student.. byk yg perlu ku ambil kira.. apa yg buat kan keadaan ku rumit sbb kes2 kat atas ni la.. tuntutan pada stdy aku menghalang sdikit aku tuk buat kputusan...
.......

sampai la satu masa tu
aku menghadiri satu Majlis Ilmu d MASJID (MATIN;Ma'ahad Tahfiz AlQuran Imam Nabawi)
SEBAK dan tertanya2 aku muncul.. knapa bgtu tenang nya berada di situ.. sedikit pun tk terasa beban stdy, beban hidup, terasa macam lain, apa yg ku rasa kan tidak pernah terasa kat mana2.. lagi menambah benak fikiran ku disitu hnya dapat ku liht wajah2 insan2 yg ku sayang.. aku tertanya2 knp aku tetiba2 rasa RINDU.. kenapa tetiba aku rasa SAYANG padahal kat situ tkda sorang pun yg ku kenal... YES mmg xda tapi aku tahu kmi adalah SAUDARA seakidah.. tapi aku sgt PELIK knp smua nya golongn itu bukan daripda golongan aku??? kenapa ya?? dan kenapa??
kenapa golongan Tua saja yg memenuhi ruang sekeliling aku.. terasa SEBAK.. ya ALLAH...
"mereka" kata golongan tua mmg padan sgt ke masjid ni.. sbb dorang ni da byk dosa, da tua n perlu insaf da lah. sbb mereka ni insan yg da terlalu lama menikmati dunia??? hhuhuhuh...smua nya aku rasa SALAH.. pndangan aku terhadap ni tak sama dengan "mereka"

SEBAB DOSA "orang tua ni" da BANYAK??
mana "kamu"tahu tntg itu?? apakah "kmu" tahu tntg dosa?? Baik sgt ka kita ni wahai golongan umur ku... huhuh... hnya kerana beza UMUR mereka da sgt jauh dgn kita maka mereka byk dosa?? tidak kah kita terfikir masa MUDA mereka pnuh dgn AMAL kebaikan?? sedang kita ni SOMBONG nk mampus terasa HIDUP kita ni pnjang sgt ka??jgn terlalu yakin wahai golongn umur ku... bila2 masa sj klu dia berkehendak nescaya smua itu PASTI berlaku... maaf... aku rasa mungkin aku tk layak lagi dalama hal2 agama ni.. tapi ini sekadar perkongsian buat mu saudara2 ku..
..........

ku salam dan ku cium serta ku peluk
satu persatu wajah2 orang tua...
terasa d syangi dan d belai.. menumpang kasih cuma diriku
terpancar sinar wajah kedua org tua ku.. yang jauh d SABAH..
MAK dan BAPA doakn ima selalu... anak mu sntiasa menghrapkan doamu sbgi pnguat...

sorang makcik bertnya pada ku
"datang dengan sapa?? sorang ja ka??? "
gulp!!
terkedu aku mnjwp persoalan tu.. wlpn masa tu aku just dtg ke MATIN tu bersama sepupu ku yg juga sama2 belajar d UNIMAP ni.. ehheheheheh
apa pun kita sekarang, selagi punya PELUANG rebut lah ia dgn melakukan spt apa yg SEBAB kita diciptakanNYA diatas muka bumi ni.. bukan saja2 DIA ciptakan tanpa TUJUAN... dan ambil lah apa2 pengajaran atau kutiplah sbnyak2 nya ILMU yg ada d muka bumi ini.. Jangan kita buta dan lupa.. akan apa yg telah di ajarkan kepada kita..
AMBILLAH buku panduan hidup kita... PELAJARI LAH. AL-QURAN adalah satu kitab suci yg sntiasa memandu kehidupan kita.. setiap kali klu kita leka means kita suda sbnrnya "Accident" kat mana2 .. cuma kita tak rasa kerana sbnrnya yg da terluka itu bernama si "IMAN" huhuhu....
..................
sedikit perkongsian dari pengisian yang ku perolehi daripada majlis ilmu di
MATIN
Soalan bocor yang kat mana2 universiti/kampus atau sekolah xkan pernah bagi
::hahaha biasa la student ni dgr sja soalan bocor mesti ati dia berbunga2 tk perlu nk susah2 sgt da kan::
so ALLAH maha mengetahui DIA beri kita SOALAN BOCOR...
JADI????
MALANG la kiranya klu kita tk pernah mengambil PELUANG tuk cari jawapn tu SIAP2.. sblm nk dipersoalkan... BETUL tak?? so MEMANG amt RUGI org yg sudah dberi kesenangan d dpan mata tak ambik peluang.. MEMANG layaknya "org sbgtu" menerima azab pedih  d akhirat...

4 perkara yg akn ditnyakan kepada kita smua, yang akn dtuntut jawapn ny daripda kita
dipdang mashar kelak... Masa tu kita xda beza umur.. masa kita d bangkitkan dan dkumpulkan.. kita smua segak2 belaka.. walaupun masa kita di dunia, kita meninggal pada umur kita 80 thun ka?? umur kita 20-an ka atau lagi muda ka?? TETAP masa nnt dibngkitkan kita pling cantik dan kacak lagi sihat bergaya
(dalam umur 33 tahun, kkuatan yg sbnarny umur kita).. SubhanaALLAH
1)Umur kita dimana kita belnja kan??
2)masa muda kita hbiskn ke arah mana??
3)kemana harta kita belanja kan dan kita perolehi
4)ilmu kita amalkan kemana...

akhir sekali aku minta maaf pada smua.. mungkin ada kata2 ku yg agak kasar... n dalam pnulisan ni just sbgi pengalamn yg ku lalui...

::DOAKN kejayaan dunia dan akhirat::
(terlalu byk lgi kkurangn diri, mohon ada yg sudi memperbaiki)






Sunday, 17 March 2013

Uhibukum fillah UKHTI...



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Astagfirullah al azim, Astagfirullah al azim,Astagfirullah al azim, Astagfirullah al azim,Astagfirullah al azim, Astagfirullah al azim,Astagfirullah al azim, 

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad wa ala alihi wasohbihi wassalam

Akhwat ku sayang,
Alhamdulillah atas pertemuan ini.. Ku syukuri setiap nikmatNYA
berjalan seriringan bersama akhwat2 sekalian.menguatkan tika lemah untuk terus melangkah
mengingatkan saat diri terlupa tidak dibiarkan terlena dan terjatuh begitu saja
menasihati diri untuk sntiasa lebih kearah kebaikan, smuanya dilakukan bersama sama
mengejar hanya satu matlmat yang sama.Kebersamaan kerana Nya, untuk mencari redhaNya semata2
SubhanaALLAH cntiknya tali persaudaraan kita ini.. SANGAT INDAH!
begitu BERUNTUNGNYA diri ku ini mengenali diri2 antunna smua.. 

Akhwat ku sayang,
ALLAH telah mempertemukan kita dan memilih kita d jalan ini
untuk saling menguatkan dan juga untuk saling berukhwah. 
Moga2 ukhwah kita smpi ke jannah... dan sntiasa dalam redhaNYA..


Alhamdulillah,
Baru2 ni MABIT begitu berkesan di hati ini sangat...
mungkin kah hati ini sudah terlalu d cemari sehingga kan terlalu terkesan dengn mabit baru2.

Before that,
MABIT adalah singkatan Malam Bina Iman dan Takwa. mungkin ada yang tau mungkin juga ada yang kurang tau, atau mungkin ada yg pernah dengar tapi tak tau apa kan mksud mabit.Ima kata seperti ini sebab, ima nk citer dulu before ima g ke MABIT, housemate2 ima tnya. "imah nak g mana?" kata sorang housmate kemudian ima kata ima nk ke MABIT. lepas tu housemate ima tanya lagi MABIT tu apa?? So, ima jawap la MABIT adalah singkatan Malam Bina Iman dan Takwa. Mungkin housemate ima tk tau tpi Alhamdulillah melalui ima dia da dapat tau satu yg baru.. dan belajar ssuatu kan.. n hopefully dgan tulisan ni yg membaca nya juga at least tahu.. eheheh... :). OK~~

"..dan pada akhir malam, mereka(yang beriman itu) memohon keampunan kepada ALLAH..."

ILMU itu LUAS... SUMBER nya juga LUAS.. RANGKAIAN nya juga LEBAR

Tahukah Sahabat sekalian, apakah MABIT? 

❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀

Mabit adalah salah satu sarana tarbiyah (wasa'ilut tarbiyah). Secara bahasa, mabit bermaksud bermalam. Istilah yang sangat masyhur kita dapati pada salah satu rangkaian ibadah haji yaitu mabit di Mina.

Dalam terminologi dakwah dan tarbiyah, mabit adalah adalah salah satu sarana tarbiyah untuk membina ruhiyah, melembutkan hati, membersihkan jiwa, dan membiasakan diri untuk beribadah (khususnya tahajjud, zikir, tadabbur dan tafakkur). Untuk memudahkan memahami definisi ini, kebiasaannya mabit dijadikan akronim dari Malam Bina Iman dan Taqwa. 

Pernahkah sahabat menyertai MABIT? 

❀◕‿◕❀

❀ Berikut adalah adab MABIT yang dipetik dari buku Wasa'ilut tarbiyah :

1. Menghadirkan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT serta memfokuskan segala aktiviti untuk menghadap kepadaNya.
2. Menghadirkan muraqabatullah (merasa diawasi Allah) dan menyedari bahawa majlis ilmu dan zikir itu dipenuhi juga oleh para Malaikat.
3. Merenungkan setiap ayat yang dibaca, doa yang dipanjatkan serta zikir yang diucapkan pada MABIT itu.
4. Bersungguh-sungguh dalam menjalankan semua aktiviti MABIT serta menghadirkan mujahadah untuk membersihkan hati, memperhatikan dan menerima taujih, taushiyah dan ilmu yang disampaikan pada MABIT.
5. Mentaati jadual MABIT sejak pembukaan hingga selesai.
6. Tidak banyak makan dan minum serta istirehat dan waktu santai agar terlatih untuk mengendalikan nafsu dan syahwat.
7. Kurangkan bergurau senda dalam rangka menjaga majlis MABIT supaya tetap berada dalam suasana ruhiyah.


::ALHAMDULILLAH::


Kita diciptakan sebaik2 makhluk.. yang di anugerahi AKAL. yang membezakan manusia tu hanya la pada AKALNYA...Entry ni ima just nk kongsi apa yg ada pada MABIT baru2 ni. kekadang ima homesick juga.. homesick adalah sesuatu yg buat smua bnda aku trus fatal hbis.. tpi bila ima berada di sekeliling akhwat2 smua betapa terubat nya. Seolah-olah ima dikelilingi oleh keluarga sendiri, di dalam satu halaqah(bulatan) cantik. SubhanaALLAH.. Begitu la ukhwah yg ima rasakan. Kami lakukan bersama2.Ima sayang ukhwah ini dan juga antunna smua. mungkin satu ketika bila berjauhan ima blh rasakan ima akn sgt kehilangan. Betul la! biarlah kita BERSEDERHANA dalam apa jua. Dalam menyayangi, membenci atau apa saja.

= = kata SPECIAL untuk ending entry ni  = =
buat Murrabiyyah imah Kak UMMU HARIEZA

KAK UMMU,
Jazakallahu khairan Khatiran akk atas segalanya
perkongsian dan halalkan segala2nya..
bersyukur sangt berpeluang menjadi anak halaqah akk. SANGAT!!
IMA minta maaf atas salah dan silap dan salah ima
ASIF JIDDAN ukhti.. moga berjumpa lagi :)
###SAYANG KAK UMMU SELALU 


KAK UMMU : HASSAN da nangess ha ha ha tak tau tak tau.. hihihihih






Bumiku Palestin~