Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama ALLAH maha pemurah lagi maha penyayang
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATU
buat smua shbt ima n kawan2 yg ter/melawat blog ni
10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu
1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah
subjek yang banyak untuk dipelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua
perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau
segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa
bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan
masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama
beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan
menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan
tempoh minima empat jam sehari.
2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap
kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang
ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini
termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja
makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang
diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.
3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak
mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu
pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai
suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan-
rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga
mendapati subjek itu sukar.
Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan
bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk
membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya
kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek
itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas
ijazah.
4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang
dibincangkan
secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita
ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan
sesuatu yang
bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut
dengan
contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita
pelajari sebelum
ini.
5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut.
Bina soalan-soalan
dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting
dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah
semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan
peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.
6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan
dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula
dengan cara yang sistematik.
Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru,
termasuklah:
7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output
learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan
mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula
pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar,
lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita
masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan
yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih
belajar.
Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat
baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan
berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi
semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh
dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan
berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk
mengukuhkan apa yang telah dipelajari.
8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian
tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen
di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar
sambil berbaring.
Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi
semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih
banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.
9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar
meliputi tempoh
masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon
yang boleh
dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan
bertenaga
untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan
kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita
dapati terlalu banyak yang
mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan
kesannya akan dirasai
semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap
sedemikian
akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa
mengulangi
seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan
pengajian
mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan
siswazah
lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.
10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah
berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa
mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga
diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam
secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh