Spread your LOVE..


Friday, 27 July 2012

Muhasabah Cinta



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu..
Alhamdulillah.segala puji bagi ALLAH tuhan semesta alam
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat baginda

= = Muhasabah Cinta = =

......
Wahai Pemilik Nyawaku ini,
Betapa Lemah diriku ini,
berat ujian dariMU,
Ku pasrahkan semua padaMU,

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehari itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMU

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi
Penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang kau beri untukku
Ampuni Khilaf dan Salah selama ini
ya ILLAHI
MUHASABAH CINTAKU

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati 
Pertemukan aku denganMU

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi
Penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang kau beri untukku
Ampuni Khilaf dan Salah selama ini
ya ILLAHI
MUHASABAH CINTAKU(2X)
...........

Thursday, 26 July 2012

Solat ka vs Sembahyang ka??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.
alhamdulillahi rabbil alamin...
selawat dan salam ke atas nabi junjungan teragung kita Nabi Muhammad SAW, dan keluarga baginda serta para sahabat baginda..




SOLAT ATAU SEMBAHYANG  ????

Tercatat di dalam kitab PEDOMAN SHALAT oleh Prof. Dr. T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy, mukasurat 69, di bawah tajuk: 23. SEBAB DINAMAI SHALAT, ada menyatakan seperti  berikut:-
      
 Hikmah dan sebab dinamai ‘ibadat yang penting terkenal ini dengan nama shalat atau solat, adalah kerana mengingat bahwa di dalam shalat itu terdapat “tawajjuh” (usaha berhadap diri pada Allah) dan “do’a” (seruan memohonkan hajat dan ampunan kepada Allah s.w.t.)
 Mengingat hal ini amat utamalah kita memakai kata shalat, jangan memakai terjemahannya = sembahyang. Apalagi apabila diingat bahwa kata sembahyang itu berasal dari bahasa Sankrit, yang  bererti menyembah dewa.

**Jadikan solat itu Tiang Agama **
**Jadikan Solat itu Benteng Kehidupan mu **
**Jadikan Solat itu aktiviti bercinta mu dgn NYA**
*Jadikan Solat itu Waktumu meluahkn rasa cinta mu yg sgt tulus**


ini lah gambaran nya solat kita?? ini la apa yg dpt ku paparkn?? memang bgini la realiti nya.
Dimana Kekhusyukan kita dalam memohon ampunan padaNYA, meminta pertolongan dan rezekiNYA,?
Berapa byk NILAI cintai kita dan syukur kita sebenarnya kepada PENCIPTA kita?
Kemana arah fikiran kita saat kita berdepan dgnNYA yakni SOLAT?
Bilakah lgi peluang kita "Dating" dgnNYA klu bkn time yg dinamakn SOLAT?
Siapakah yg lebih LAYAK berada di HATI dan FIKIRAN kita waktu SOLAT itu??

(** Renung2 kan la.. Jawab dgn hati yg Ikhlas. Kita selalu mempersoalkn itu dan ini.. tp bila tntg diri kita kenapa x mo bangkitkn persoaln tentg diri kita?**)

Seterusnya knapa kebiasaan kita menyebut SEMBAHYANG tu  aku bangkitkn isu..
nampak remeh bukan?? nampak mcm tak penting bukan?? nampak mcm soal kecik ja kan??
tapi...
soal ini tak remeh,
"dalam azan pn da JELAS sekali mengajak kita untuk solat bkn sembahyang("Hayya a'la Sholat"). sembahyang itu hanya terjemahan ja kan.
disini sbnrnya apa yg ku mo kongsikan penggunaan SOLAT tu.. penting.. klu agama len pn mereka tak sbut SOLAT.. tp agama ISLAM agama yg unik menggunakan perkataan yg sgt unik yakni SOLAT..

agama Kristian= sembahyang
agama Buddha= sembahyang
agama Hindu= sembahyang

Ok seterusnya nak share sedikit tntg cerita ini
  



 Dalam cerita-cerita Hindu kita mungkin pernah mendengar perkataan ‘Yang’ / ‘Iyang’, seperti “berIyang-Iyang” atau “Sang Yang”. Jadi, berkemungkinan besar ‘Yang’ / ‘Iyang’ itu adalah nama dewa yang mereka sembah. Dalam sejarah orang Melayu sebelum Islam datang adalah berugama Hindu. Mereka kemungkinan menggunakan perkatan sembah Iyang atau sembah Yang yang bererti sembah dewa yang bernama Yang / Iyang.Atau mungkin ‘Yang’ / ‘Iyang’ itu bererti ‘tuhan’ yang dimaksudkan “yang pencipta dan yang patut disembah”. Ini memberi erti bahawa pengenut ugama Hindu menganggap dewa itu adalah Iyang / Tuhan mereka. Dan bagi kita orang Islam Tuhan  /  Iyang (jika Iyang bererti tuhan)  sebenarnya adalah dan hanyalah Allah s.w.t. Jika begitu sembahyang (asalnya sembah Yang / Iyang) itu boleh bererti sembah tuhan. Jadi ini pun bagi saya masih belum tepat digunakan. Cuba, misalnya, ‘Yang’ itu ditukar kepada perkataan ‘tuhan’ dalam kalimat “sembahyang Fardhu zohor”, maka ia akan berbunyi “sembah tuhan Fardhu zohor”. Ini boleh menyerongkan dan merosakkan ‘aqidah bila disebutkan untuk shalat-shalat lain yang terdapat bermacam-macam dalam seharian kita, kerana seolah-olah pengertiannya bahawa banyak tuhan yang hendak disembah dalam seharian….. na’uuzubillaa-hi min zaalik……..
  Dari itu nasihat saya untuk diri saya dan untuk saudara seagama yang dikasihi sekelian adalah lebih baiknya, bagi menolak kemungkinan-kemungkinan tersebut, kita membiasakan menggunakan perkataan ‘sholat’ dari mengunakan perkataan ‘sembahyang’, tambahan lagi tidak susah rasanya untuk kita menyebutkan dan menggunakan perkataan ‘sholat’ itu.

  Sekian, harap dapat dibetulkan jika terdapat sebarang kesalahan atau ketergelinciran pendapat, kerana jika ianya benar maka itu adalah hidayah dari Allah, dan jika salah itu adalah kelemahan saya yang cuba dengan ikhlas untuk menyebarkan dan menyampaikan sekadarnya ilmu yang ada.
  Wallaa-hu a’lam………

Monday, 23 July 2012

KENAPA Aku MENANGIS....



 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu... alhamdulillahi rabbil alamin..
selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan saudara baginda serta para sahabat baginda.. syukur ke hadrat illahi atas nikmat yg terbesar kpada diri ini yg daif.. nikmat yg tiada tandingan nya..yakni nikmat Islam dan nikmat Iman.

Selama berpijak dibumi ALLAH yg indah dan sempurna ciptaanNYA ni.. xpernah sekali aku x menangis.. smua perasaan ku pnya.. semua rasa ku lalui.. itulah namanya insan.. kerana ALLAH menciptakn kita dgn perasaan serta akal kan.. tp kali ni ku cumu ingin bercerita tntg MENANGIS... 

kenapa?? kenapa?? kenapa?? 
kekadang aku pnya alasan kekadang aku binggung.. kekadang aku tidak tau knp aku menangis..sehinggalah aku jmpa ILMU ALLAH ni ttg apa sbnrnya maksud smua TANGISAN ku ni


10 Jenis Tangisan:
· Menangis kerana terlalu sedih.
· Menangis kerana terasa hina dan lemah
· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
· Menangis orang munafik - pura-pura menangis
· Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
· Menangis kerana rasa takut
· Menangis kerana cinta
· Menangis kerana gembira
· Menangis kerana menghadapi penderitaan.



ooooo.. ini rupanya.. ini la.. ini la jwpn ku SELAMA ni.. rupanya aku terlahir mmg da MENANGIS kerana ini.. kerana ini.. kerana kehidupan dunia yg berbelah.. hidup dalam membuat pilihan...

Ibnu Qayyim

"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya.
Banyak air mata telah mengalir di dunia ini.
Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. 
Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus.
 Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?
 Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.


Menangis tercela atau terpuji?
Ada tangisan yang sangat dicela
"umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian."
 Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut
" tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah."


Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda:
"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.
 Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan,
apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. 
Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata.
Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."



Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.
Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.
Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata.
"Manis sungguh air ini".
Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya.
 Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, 
"Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."


Air mata yang tiada di tuntut:
  • Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
  •  Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
  • Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
  •  Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.


Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri,segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.


Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi
dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa

ya ALLAH pilih aku insan yg MENANGIS hanya keranaMU.. jadikanlah hati ku lembut dan menangis ketika aku bersujud pada mu kerana terlalu mencintai dan menyayangiMU.. atau juga kerana dosa2 ku sehingga aku takut hanya padaMU.. disaat org sekeliling menganggap ku "lemah" biarla aku lemah hnya keranaMU. amin ya ALLAH.Wallahu'alam..

Bumiku Palestin~