Spread your LOVE..


Thursday, 26 July 2012

Solat ka vs Sembahyang ka??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.
alhamdulillahi rabbil alamin...
selawat dan salam ke atas nabi junjungan teragung kita Nabi Muhammad SAW, dan keluarga baginda serta para sahabat baginda..




SOLAT ATAU SEMBAHYANG  ????

Tercatat di dalam kitab PEDOMAN SHALAT oleh Prof. Dr. T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy, mukasurat 69, di bawah tajuk: 23. SEBAB DINAMAI SHALAT, ada menyatakan seperti  berikut:-
      
 Hikmah dan sebab dinamai ‘ibadat yang penting terkenal ini dengan nama shalat atau solat, adalah kerana mengingat bahwa di dalam shalat itu terdapat “tawajjuh” (usaha berhadap diri pada Allah) dan “do’a” (seruan memohonkan hajat dan ampunan kepada Allah s.w.t.)
 Mengingat hal ini amat utamalah kita memakai kata shalat, jangan memakai terjemahannya = sembahyang. Apalagi apabila diingat bahwa kata sembahyang itu berasal dari bahasa Sankrit, yang  bererti menyembah dewa.

**Jadikan solat itu Tiang Agama **
**Jadikan Solat itu Benteng Kehidupan mu **
**Jadikan Solat itu aktiviti bercinta mu dgn NYA**
*Jadikan Solat itu Waktumu meluahkn rasa cinta mu yg sgt tulus**


ini lah gambaran nya solat kita?? ini la apa yg dpt ku paparkn?? memang bgini la realiti nya.
Dimana Kekhusyukan kita dalam memohon ampunan padaNYA, meminta pertolongan dan rezekiNYA,?
Berapa byk NILAI cintai kita dan syukur kita sebenarnya kepada PENCIPTA kita?
Kemana arah fikiran kita saat kita berdepan dgnNYA yakni SOLAT?
Bilakah lgi peluang kita "Dating" dgnNYA klu bkn time yg dinamakn SOLAT?
Siapakah yg lebih LAYAK berada di HATI dan FIKIRAN kita waktu SOLAT itu??

(** Renung2 kan la.. Jawab dgn hati yg Ikhlas. Kita selalu mempersoalkn itu dan ini.. tp bila tntg diri kita kenapa x mo bangkitkn persoaln tentg diri kita?**)

Seterusnya knapa kebiasaan kita menyebut SEMBAHYANG tu  aku bangkitkn isu..
nampak remeh bukan?? nampak mcm tak penting bukan?? nampak mcm soal kecik ja kan??
tapi...
soal ini tak remeh,
"dalam azan pn da JELAS sekali mengajak kita untuk solat bkn sembahyang("Hayya a'la Sholat"). sembahyang itu hanya terjemahan ja kan.
disini sbnrnya apa yg ku mo kongsikan penggunaan SOLAT tu.. penting.. klu agama len pn mereka tak sbut SOLAT.. tp agama ISLAM agama yg unik menggunakan perkataan yg sgt unik yakni SOLAT..

agama Kristian= sembahyang
agama Buddha= sembahyang
agama Hindu= sembahyang

Ok seterusnya nak share sedikit tntg cerita ini
  



 Dalam cerita-cerita Hindu kita mungkin pernah mendengar perkataan ‘Yang’ / ‘Iyang’, seperti “berIyang-Iyang” atau “Sang Yang”. Jadi, berkemungkinan besar ‘Yang’ / ‘Iyang’ itu adalah nama dewa yang mereka sembah. Dalam sejarah orang Melayu sebelum Islam datang adalah berugama Hindu. Mereka kemungkinan menggunakan perkatan sembah Iyang atau sembah Yang yang bererti sembah dewa yang bernama Yang / Iyang.Atau mungkin ‘Yang’ / ‘Iyang’ itu bererti ‘tuhan’ yang dimaksudkan “yang pencipta dan yang patut disembah”. Ini memberi erti bahawa pengenut ugama Hindu menganggap dewa itu adalah Iyang / Tuhan mereka. Dan bagi kita orang Islam Tuhan  /  Iyang (jika Iyang bererti tuhan)  sebenarnya adalah dan hanyalah Allah s.w.t. Jika begitu sembahyang (asalnya sembah Yang / Iyang) itu boleh bererti sembah tuhan. Jadi ini pun bagi saya masih belum tepat digunakan. Cuba, misalnya, ‘Yang’ itu ditukar kepada perkataan ‘tuhan’ dalam kalimat “sembahyang Fardhu zohor”, maka ia akan berbunyi “sembah tuhan Fardhu zohor”. Ini boleh menyerongkan dan merosakkan ‘aqidah bila disebutkan untuk shalat-shalat lain yang terdapat bermacam-macam dalam seharian kita, kerana seolah-olah pengertiannya bahawa banyak tuhan yang hendak disembah dalam seharian….. na’uuzubillaa-hi min zaalik……..
  Dari itu nasihat saya untuk diri saya dan untuk saudara seagama yang dikasihi sekelian adalah lebih baiknya, bagi menolak kemungkinan-kemungkinan tersebut, kita membiasakan menggunakan perkataan ‘sholat’ dari mengunakan perkataan ‘sembahyang’, tambahan lagi tidak susah rasanya untuk kita menyebutkan dan menggunakan perkataan ‘sholat’ itu.

  Sekian, harap dapat dibetulkan jika terdapat sebarang kesalahan atau ketergelinciran pendapat, kerana jika ianya benar maka itu adalah hidayah dari Allah, dan jika salah itu adalah kelemahan saya yang cuba dengan ikhlas untuk menyebarkan dan menyampaikan sekadarnya ilmu yang ada.
  Wallaa-hu a’lam………

No comments:

Bumiku Palestin~